Followers

Wednesday, May 25, 2011

::JOM BACA..!!::


Ouchhhhh!! Dia nak pikat saya..!!

apa??? betol ker dia suka saya..??
aissshhhhhh~
tak percaya laa saya.....
apa tanda-tanda yang mengatakan dia cuba
pikat saya ni haaa...?????
JOM TENGOK...!!



~Mula-mula...
mesti la dia akan mintak no phone kita kan...
Tapi nak mintak tu kadang-kadang,
ada yang mintak terus dari kita...
Ada yang mintak secara underground
(maksudnya, mintak dari kawan-kawan kita la)...
Tak pun, menggunakan "intelligence" untuk
mendapatkan no phone kita tu....


~Selepas dah dapat no phone, apa lagi....
dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la.....
Then siap tanya ni no sape??? nak cari Orang lain laa...
Padahal dia yang start dulu kan??? 
daa takde idea nak muLa cm naa...
hOhO...


~Dia akan selalu mesej kita....
Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke...
itU laa ini laa....
Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej 
dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi....
Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi....
hOhOhOhO...
cOmel kan..kan..kan...


~Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, 
dia akan terus call kita...
Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang...
padahaL....
nak dengar suara kita sebelum die tido....
Nak hilangkan rindu la katakan.....
Even masa tu kita still rasa takde pape lagi....
huhuhuhuhu...
sweetnyeeeeeeeeeee...



~Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar...
Keluar gi makan ke...
keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke...
Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar....
hOhOhOhO..
Siap kalau takde kereta tu,
sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta....
semangat kan....
ngeeeeee~


~Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan...
mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej....
Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la...
dan macam-macam lagi la panggilan....
Tapi rasa-rasa...
Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel....
huhuhuhuhu....
maLu laaaa............




~Dari situ pulak...
mula la start mesej-mesej nakal....
Konon-konon nak bermanja la tu....
Even ada yang berkongsi masalah dan 
sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut....
masaLah dia kita lak kena pikir...
hOhohohO...
Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy....
ngeeeeeeee~
~Dan akhir sekali...
sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita....
Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu...
Ada yang dalam telefon je..
ada yang jumpa terus..
ada yang sanggup datang malam-malam
coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke...
kOnOn macam lam cerita P.Ramlee laa....
hahahhaahah..
Tapi if dia betul-betul suka pada kita,
dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia...
itU If dea seriUs laaa.......
urmmmmmmmmmm~

~Little Music Girl~

::Haaa...amacam...???...
betol k dia suka kamOo??
betOl k dia ada hati ngn kamOo??
law betOl.......
senyum jela...
hOhOhO..::

Tuesday, May 24, 2011

::Fahami Erti Cinta::

::SENYUM::


Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah....
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.... Kemudian si isteri bertanya kepada si suami....
Ini dialog mereka...
 
 
Isteri: Mengapa abang menyukai saya??
             Mengapa abang cintakan saya??

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,
namun begitu abang memang 
menyayangi dan mencintai Sayang..!!


Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya???
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan
cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya...


Suami: Betul!!!
Abang tak tahu sebabnya tetapi 
abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!


Isteri: Tak boleh beri bukti!!
Tidak!!!
Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya...
Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki, 
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai...
Dalam bentuk puisi dan syair lagi...
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya..??


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata



"Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik,
mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu...
Abang juga sukakan senyuman manis dan 
setiap tapak Sayang melangkah,
di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi...
Namun begitu selang beberapa hari
si isteri mengalami kemalangan dan koma.....


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat
kepada isterinya yang disayangi...
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital...
Surat tersebut berbunyi begini:


"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu...
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu...
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu...
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu....
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang....
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi....
Adakah cinta memerlukan sebab???????
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab......
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik 
di dunia tidak boleh dilihat, dipegang......
Namun begitu...
ia boleh dirasai dalam hati....."

p/s::Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya ... 
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang 
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...



::Little Music Girl::

Sunday, May 22, 2011

::Kata-kata Untuk Hari ini...::

Cinta datang kepada orang 
yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan...
Kepada mereka yang masih percaya, 
walaupun mereka telah dikhianati...
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti 
sebelumnya dan kepada mereka yang 
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.....




































































Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan....
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya..........