Followers

Monday, December 6, 2010

PERUBAHAN...~~

Berubah......
Lagi cOretan istimewa daripada ku..
aku menulis bukan sahaja atas dasar minat..
namun,aku menulis kerana itu adalah aku..
menulis berdasarkan apa yang aku rasa..
ini adalah duniaku...
Lokasi: Kampung halaman..
Tarikh:7 Disember 2010
Masa: 3.00ptg
Situasi:sepi dikala hujan membasahi bumi..
aQ sering bertanya pada diriku..
adakah perubahan itu hanya sekadar
perkataan...
perkataan yang mampu diungkapkan oleh setiap 
insan...
Ya..
aQ inginkan perubahan..
perubahan dari segi lahiriah..
perubahan jiwa..
perubahan dari segalanya..
Kadang-kadang aQ terfikir
ingin perubahan..
namun tiada usaha untuk terus
berubah...
berubah itu besar nilainya..
kerana ada yang berkata..
"Seru tidak semestinya datang dengan sendiri..
namun,Seru juga memerlukan usaha
untuk kita pergi ke arahnya.."


aQ mengerti..
dengan dunia aQ yang sebegini rupa..
masih mampukah aQ berubah..
Sesungguhnya kesedaran aQ tentang syaitan yang sentiasa
berada di persimpangan jalan..
aQ bimbang..
bimbang aQ lalai dalam mencari 
perubahan...





ini kerana...
jalan di dunia mungkin jalan yang
panjang...
 tapi tidak demikian dengan jalan
hidup kita..
kita lakukan apa yang bisa
kita lakukan..
dikala kesempatan masih mengizinkan..
kerana itu aQ takut akan kelalaian..
kerana aQ manusia..
Ya...
aQ ingin berubah..
"Sesungguhnya Allah membentangkan 
jalan-Nya..
di siang hari untuk menerima taubat
orang yang membuat kesalahan 
pada malam hari..
sampai matahari terbit dari
Barat..."


aQ yakin....
yakin bahawa Tuhan masih sayangkan aQ..
kerana aQ selalu berdoa
berharap..
agar Tuhan memberi sinar
kepada ku..
kerana aQ ingin selalu
dekat dengan Nya..
"Jika seseorang hamba Allah
tidak lagi
mudah menangis dengan
                                   kekuasaan
                                      Allah...
                      justeru,menangislah kerana
                        ketidaksempurnaan itu.."


aQ memOhOn YaAllah..
ampunkan segala dOsaku..
kerana aQ tahu..
"akan masuk syurga seseorang
tanpa di hisab kerana menangis mengingat
dosa yang telah 
diperbuatnya.."

sesuatu yang diimpikan 
tak selalu menjadi
kenyataan..
tetapi, apa yang tak diduga
selalu berlaku dengan
tiba-tiba..
biarlah kita menangis hari ini
kerana kesakitan
semalam..
tetapi,usah kita ketawa
berpanjangan..
kerana kegembiraan yang belum pasti
untuk selama-lamanya..


aQ yakin bahawa..
"...dalam ketenangan ada
keresahan...
dalam keresahan ada
kekalutan..
dan
dalam kekalutan ada 
Dia untuk
mengadu dan mengharap.."

~~Hadirlah keinsafan aQ ingin berubah~~

2 comments:

  1. maal hijrah nie elok benorla lau kita nak berubah.. gud lark

    ReplyDelete
  2. yup.. same2 kita bersihkan aty tuk berubah... aminnnn~~~

    ReplyDelete